Review Carnival of Phobia
Carnival of Phobia.
Tajuknya macam menarik, kan?
Saya ada membeli buku yang bertajuk Carnival of Phobia. Saya tak ingat di mana dan pada hari apa ketika membeli buku itu. Tapi saya masih ingat bagaimana saya boleh ada rasa mahu membeli buku ini. Ketika itu, saya pergi ke kedai buku dan terjumpa buku ini dalam banyak-banyak buku yang berada di atas rak. Buku ini berwarna hitam dan merah.
Inilah bukunya!
Pada waktu itu, saya sedang mencari buku fixi yang mungkin dijual di kedai tersebut. Namun, mata saya tertangkap pada sebuah buku yang begitu menarik perhatian saya iaitu buku ini. Saya membaca blurb pada bahagian belakang buku tersebut. Di bawah ini, saya sertakan blurb tersebut. Anda bolehlah baca!
BLURB
Demi membantu mangsa yang berada di bawah lembayung fobia, Doktor Mustaqim dan Doktor Khalil menggagaskan sebuah karnival psikologi untuk membantu mereka.
Carnival of Phobia.
“Kami menjadi tikus makmal doktor?” - Fayyadh
“We just want you to face your fear and fight it. That is what Carnival of Phobia is all about.” - Doktor Mustaqim
Akhirnya, dengan persetujuan tujuh orang klien terawal, mereka dijemput untuk menjadi sebahagian daripada ahli Carnival of Phobia. Mereka pergi dengan harapan bahawa mereka akan sembuh daripada ketakutan masing-masing.
Tujuh insan, tujuh fobia – Fayyadh, Insyirah, Elaina, Profesor Ibrahim, Aaron, Taufiq dan Yara.
Namun, semua yang dirancang, tidak sama sekali seperti yang difikirkan. Ada yang mengambil kesempatan di sebalik tujuan murni projek yang dijalankan, demi melangsungkan agenda hitamnya.
Dia yang disamakan dengan Azazil.
“Welcome to Carnival of Phobia, ladies and gentlemen..."

---------
REVIEW
Cerita ini mengisahkan tentang tujuh pesakit bertemu dengan doktor psikiatri untuk mendapat bantuan bagi memulihkan fobia mereka tersendiri. Namun, dua orang doktor ini bercadang untuk mengadakan Carnival of Phobia bagi mengubati penyakit itu. Tanpa mereka sedari, Carnival of Phobia yang diadkan tersimpang jauh dengan plan asal mereka. Jadi, siapakah dalang di sebalik kejadian yang berlaku di Carnival of Phobia?
Pada pendapat saya, cerita ini menarik walaupun blurbnya ringkas sahaja di belakang buku. Plot yang ditulis kemas dan tidak memeningkan para pembaca. Saya suka buku ini. Pada akhir cerita, ada plot twist yang tidak terjangka dek akal. Pada awalnya, saya juga tidak boleh mengagak siapa dalangnya sehinggalah saya baca di babak akhir.
Emosi saya juga bercampur-baur ketika membacanya. Ada rasa sedih, kesian dan marah! Ceritanya tak begitu berat. Santai-santai sahaja untuk habiskan buku ini.
Rate yang boleh saya bagi adalah: 3/5
Sesiapa yang nak baca untuk meluangkan masa boleh lah beli buku ini. Bagi saya, buku ini berbaloi untuk dibeli! Selamat membaca semua!
PS: Ini merupakan kali pertama saya cuba menulis blog dan pandangan saya. Jadi, saya minta maaf sekiranya review saya kuang memuaskan. Saya akan cuba lagi di entry seterusnya.
Comments
Post a Comment