REVIEW: KACAU by Ariff Adly
Hai~ Kembali lagi anda semua ke dalam blog saya ini.
So, hari ini saya akan membuat review berkenaan satu tajuk novel yang baru sahaja saya selesai membacanya iaitu Kacau dari author Ariff Adly. Cerita Kacau ini adalah cerita horror ye, guys. Cerita yang berunsurkan seram dan mistik. Secara jujurnya, saya sukakan genre horror sebegini tetapi sekarang ini saya lebih kepada cerita bunuh-bunuh. Tapi jangan risau, saya enjoy je baca atau tonton cerita seram.
Okay jom kita bergerak ke honest review daripada saya,
First of all, saya akan komen pada muka buku novel ini. Bagi saya, muka buku agak menarik. Dengan mata yang kelihatan di sebalik helaian-helaian rambut memberikan elemen seram pada buku tersebut. Melihatkan kulit bukunya saja sudah dapat menjawab teka-teki pembaca tentang genrenya.
Okay,
Cerita Kacau ini mengisahkan tentang sekumpulan kawan yang bercadang untuk pergi 'menangkap hantu' atau dalam bahasa mudahnya, mahu melakukan aktiviti paranormal. Seorang rakannya yang bernama, Ajim mengajak mereka: Jimie (Aku), Fiq, Syida, Al dan Amat untuk melakukan aktiviti ghost hunt' di sebuah bangunan lama yang telah ditinggalkan di area Seremban. Setelah mereka sampai, mereka bercadang untuk bermain spirit of the coin bagi memanggil hantu (biasalah nak tengok hantu depan-depan). Ketika bermain permainan itu, mereka mula diganggu. Sehinggakan salah seorang dari mereka terlepaskan jari mereka dari syiling yang dipegang.
Disebabkan itu, pelbagai kejadian seram mula berlaku sehinggakan ada nyawa yang tergadai. Apakah kesudahan bagi enam sekawan ini? Adakah mereka selamat atau tidak?
So, untuk tahu cerita ini dengan lebih lanjut, anda kenalah baca bukunya!
Sekarang,
Kita masuk ke part review oleh aku. Disclaimer: mengandungi spoiler!
Bagi aku, cerita ini pada awalnya agak menarik perhatian aku. Namun makin lama aku menyelami buku ini, ada beberapa part yang agak mengecewakan. Part seram dalam buku ini tak berjaya membuat aku berpeluh. Bagi aku, seramnya kurang dan tidak sampai pada aku.
Selain itu, ada babak dimana Syida dirasuk dan mula menari mengikut rentak lagu Ulek Mayang. Aku tak nampak di mana kaitan Ulek Mayang dengan hantu yang merasuknya. Aku tidak faham bahagian ini. Dan lagi satu yang buat aku geram adalah,
Kenapa tak panggil Ustaz!? Dari awal sampai ke akhir penceritaan, aku menanti watak Ustaz muncul dalam buku ini. Tapi sayangnya, tak muncul-muncul jugak!
Overall aku boleh bagi adalah 7/10.
Oh, sebelum tamat penulisan kali ni, aku amat menyarankan buku ini dibaca apabila anda bosan (Siapa je baca bila sibuk, kan? HAHAHAHA). Sekian, terima kasih dan selamat membaca semuanya.
Comments
Post a Comment